Syarat-syarat dan peraturan pendaftaran

Sila baca peraturan-peraturan pendaftaran ini dengan teliti, kemudian klik pada butang permohonan dibawah untuk memohon.
1. Setiap syarikat yang membuat urusan perolehan dengan UMT hendaklah mendaftar dengan Pejabat Bendahari, UMT.
2. Pendaftaran ini adalah bertujuan untuk pengumpulan maklumat dan data syarikat yang berurusan dengan UMT.
3 Syarikat yang ingin mendaftar perlu
  • mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Pendaftaran Syarikat Pembekal / Kontraktor dalam talian (online) ini.
  • mengemukakan 1 salinan Profil Syarikat kepada Seksyen Perolehan, Pejabat Bendahari UMT bagi tujuan pengesahan.
4. Profil Syarikat pemohon yang dihantar, perlulah mengandungi salinan Sijil/Borang berikut
  • Salinan Sijil Pendaftaran
    • Pemilikan tunggal/Perkongsian/Enterprise - Borang A & D
    • Sendirian Berhad/Berhad - Dokumen-dokumen (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) yang telah disahkan oleh Setiausaha syarikat.
  • Salinan maklumat akaun semasa (Information of current account)
  • Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan.
  • Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Taraf Bumiputera (jika ada).
  • Salinan Sijil Pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor; dan
  • Salinan Sijil CIDB
  • Salinan lesen-lesen berkaitan yang terkini atau masih berkuatkuasa.
  • Rekod-rekod pengalaman terdahulu.
5. Pendaftaran adalah tidak sah selagi pihak UMT tidak menerima profil syarikat pemohon.
6. Tempoh bagi pemohon menghantar profil syarikat adalah selama 3 BULAN dari tarikh permohonan.
7. Proses pendaftaran akan dikemaskini dalam tempoh 1-3 hari bekerja tertakluk kepada kecukupan dokumen
8. Pemohon boleh menyemak status permohonan pada menu 'Semak Status' selepas log masuk ke sistem
9. Sila pastikan tempoh tamat pendaftaran bagi perkara (4) dan sila hantar salinan sijil yang terbaru bagi tujuan mengemaskini maklumat yang ada.
10. Jika salinan baru tidak diterima, UMT menganggap pihak tuan tidak lagi berminat untuk berurusan dengan UMT.
11. Jika berlaku sebarang perubahan dalam butir-butir pendaftaran, sila kemaskini maklumat  dalam talian (online) ini seberapa segera yang mungkin.
12. Pihak UMT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
13. Pihak UMT tidak terikat untuk memberi perolehan kepada setiap pembekal yang berdaftar dengan UMT
14. Pastikan semua butir-butir yang diperlukan bersama Profil Syarikat ditulis/ditaip dengan lengkap dan terang. Sila majukan terus ke alamat seperti berikut:

Seksyen Perolehan
Pejabat Bendahari
Bangunan Canseleri Universiti Malaysia Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN
Telefon: 09-6684853, 09-6684338, 09-6684388 Faks : 09-6684217

Nota: (i) Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk pendaftaran.

 

NON DISCLOSURE AGREEMENT (NDA)

PIHAK SYARIKAT dan PIHAK UMT bersetuju:-
  1. PIHAK SYARIKAT akan memberi segala dokumen dan maklumat seperti yang dinyatakan di dalam Syarat-Syarat Dan Peraturan Pendaftaran Sistem e-pembekal Universiti Malaysia Terengganu untuk kegunaan PIHAK UMT dan untuk dijaga kerahsiaannya oleh PIHAK UMT
  2. Semua bentuk dokumen dan maklumat yang diberikan kepada PIHAK UMT akan tetap menjadi milik PIHAK SYARIKAT
  3. PIHAK UMT tidak dibenarkan untuk menggunakan dokumen dan maklumat milik PIHAK SYARIKAT untuk dijual atau diberi kepada pihak lain
  4. PIHAK SYARIKAT tidak dibenarkan untuk menggunakan dokumen dan maklumat milik PIHAK UMT hasil daripada urusniaga antara kedua pihak untuk dijual atau diberi kepada pihak lain
  Saya bersetuju dan memahami syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas
Kata Kunci :

Sila masukkan kata kunci diatas